tweety

tweety

Thursday 18 August 2011

Mana Mak

Entri utk renungan semua yg bergelar anak

Untuk tatapan dan renungan semua
anak-anak….semuga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..
"Mana Mak?'
 
Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak
tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot.
Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya
soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak
Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak
tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu
yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana
Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang
mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya,
"Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun
merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka
akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan
pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki
melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak
Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap
waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana
Mak?"



Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang
dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak
kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak
akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak
menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa
sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.



Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak
buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan
kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh
kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah
yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak
seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak
akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.



Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak
tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta
warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak
yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi
salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak
tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.



Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus
 kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak
Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun
raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata
kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu
ni."



Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang
gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka
berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan
beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah
di kepala Mak.



Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.



Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati
anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.



Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira
 dan  berlari mendakapnya seperti dulu.



Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan
anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah
yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke
rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak
rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput.
Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata
semua tak  berangkat."



Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan
 balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan
di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.
 Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.



Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata
ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja
sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah
sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa
 menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada
peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah
beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati
sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.



Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana
mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat
Mak waktu Mak sakit.



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.



Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur
Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh
bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat
anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak
kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka
tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit
tenat.



Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk
Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak
pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya
bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan
Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana
Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana
Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan
jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya
sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap
ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang
lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri,
"Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang
dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik
kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu,
"Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita
jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan
sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"  



Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut
Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan
ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua
dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak
sebenarnya
. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.
Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa
berjawab?

Wednesday 10 August 2011

Zakat Tanggungjawab setiap Muslim

Salam Ramadhan

Cepatkan masa berlalu ni dh nk abis minggu ke 2 kita semua berpuasa..semoga puasa kita mendapat rahmat dariNYA..entri kali ni nak kongsi psl ZAKAT...mesti korang tahu kan..zakat penting bagi kita org ISLAM..byk jenis zakat ni antaranya

1) Zakat Perniagaan
2) Zakat Harta
3) Zakat Simpanan
4) Zakat Fitrah (pada bulan ramadhan sebelum masuk syawal)

Senarai kat atas tu adalah zakat2 yg aku ingatla..mungkin ada lg yg lain..bagi yg dh tunai kan tanggungjawab tu alhamdulillah..bg yg belum tu perlu laksanakan sebelum kita terlupa..

Aku nk ingatkan jer..mcm bulan ramadhan ni kita kena bayar zakat fitrah tak kisahla utk individu or bg yg dah berkeluarga tu kenala bayar utk tanggungan sama kan..tempoh zakat fitrah ni bermula 1 ramadhan dan berakhir pada 1 syawal sebelum solat hari raya fitrah..klu nak bayar lepas solat hari raya fitrah tu baik lupakan jerla..tu bermaksud tanggungjawab tak terlaksana..berat tu nk tanggung nanti..hehe..harap2 blogger2 sekalian tidakla lupa perkara yang penting mcm ni...lebih baik laksanakan awal2 mcm ni dari terlupa langsungkan...sekarang ni kat mana tempat pun ada Amil yg dipertanggungjawabkan utk mengutip duit zakat tu so takde alasanla kan utk kita tidak bayar zakat tu..ni bukan paksaan tp perkara yg wajib dilaksanakan oleh setiap org ISLAM..cth mcm kat bazar ramadhan jalan kuching ada diletakkan 1 meja utk org yg nak bayar zakat...so kenala laksanakannya ye...

semoga peringatan ni dpt memberi manfaat kpd kita semua...



Sunday 7 August 2011

GASTRIK - Sakit tak hengat

Salam Ramadhan

Gastrik pada bulan puasa...percaya atau tidak penyakit ni selalu mengganggu seseorg tu utk meneruskan puasa tp jgn jdkan ia sbg alasan utk tidak berpuasa...ada cara yg boleh diatasi jika kita ni ada gastrik..tau tak knp aku buka cerita penyakit ni sbb tetiba tahun ni pada puasa hari ke 5 aku diserang gastrik..nak tau punca-puncanya adalah disebabkan oleh  perut kosong coz bersahur mkn sandwich + air milo..yg bestnya sandwich tu pedas ada cili api..kan tak sesuai mkn pedas2 masa bersahur..tu pengajaran utk akula..tak pernah jd tetiba jadi kat diri sendiri..mmg sakit sepanjang hari hanya Allah yang tahu sampai berair mata aku tahan sakit tu..sesekali sakit mmg tak tahanla cos abis urat perut kena tarik sampai ke hulu hati...

So masa sakit tu byk plak nasihat dr member2 ofis suh aku mkn Gaviscon n jgn mkn yg pedas2..ada yg suh masa sahur minum susu yg direndam dgn 2 biji kurma...aku ni kan jenis ssh gak nk mkn ubat dan aku pun tak suka minum susu..so byk alasan pulak kan..tp aku buat jg kurma aku rendam ngan air suam jer..bleh jgla tahan sakit tu..ni dah 2 hari kat umah nampak mcm ok skit perut aku...

Jadi utk makluman semua masa bulan ramadhan ni kurangkan makanan yg pedas2 ye..byk minum air suam or air kosong supaya badan or perut tak sakit dan tak la jd alasan utk tidak berpuasa...

aku bercerita dari pengalaman.....

Tuesday 2 August 2011

Sejuta Impian

Assalamualaikum...

Korang pernah tgk rancangan SEJUTA IMPIAN...hjg minggu lepas aku layan rancangan ni..rancangan ni ada hari ahad jam 7.30mlm..menarik jg klu sapa yg menghayati rancangan realiti tv yg baru ni..mcm minggu lepas ada sorang insan mulia kot pada aku..dia kendalikan 1 pusat Orphancare yg mengambil berat psl bayi2 yg baru lahir yg tiada ibubapa mahupun dibuang tak menentu..dia adalah pengusaha Orphancare ni..dia perlukan dana RM 50,000.00 utk wujudkan 1 lg cawangan bg menempatkan bayi atau kanak2 yg tidak mempunyai ibubapa..memang menyentuh perasaan bila juri2 semua bersetuju menjana dana sebanyak RM50,000 tu pada..menitis jg airmata sbb bkn senang utk dpt dana sebanyak tu..kena plak bukan utk diri sendiri tp utk kemudahan insan2 yg tidak dipedulikan...

Menarik rancangan ni...dana ni ditaja oleh dana 1 belia dan penaja utama adalah TM malaysia..


Ni plak antara juri2 tetap yg membuat keputusan utk memberi dana2 kepada sesiapa saja yg layak berdasarkan syarat2 yg ditetapkan..


Hos rancangan plak 2 lelaki yg agak hensemla jg kan...


Ni hos kiut...Naz

Ni Baki  -ingat cina tp Melayu Islam..salah tafsir (kiut jg)

Amacam korang ada impian tak..kalau ada impian blehla cuba masuk rancangan ni..tp make surela korang bleh bg khidmat utk masyarakat dan bukan hanya utk diri sendiri..dana ni utk kepentingan masyarakat semua dan bkn individu...

Rancangan yg baik utk ditonton....selamat menonton

Monday 1 August 2011

Ramadhan Datang Lg

Assalamualaikum...

Bertemu lg kita dgn ramadhan tahun ni..syukur alhamdulillah..adakah ini ramadhan terakhir utk aku atau utk korang juga...sapa tahu kan???hanya Yg Maha Esa jer tahu..Jadikan ramadhan kali ni bulan yg paling mulia utk mendapat rahmat yg melimpah ruah drNya..jgn puasa utk menahan lapar & dahaga shj tetapi byk lg perkara2 yg dilarang semasa bln mulia ini antaranya mengawal nafsu dr segala benda...huhu..terutama golongan mcm aku ni kawal nafsu utk shopping samada makanan atau pakaian..

Ramadhan kali ni dlm bulan kemerdekaan & disarankan utk kibarkan Jalur Gemilang..dh tentu kita gembira menyambutnya nanti..utk kali ni aku tak sambut ramadhan bersama keluarga tp Insyaallah pertengahan puasa baru aku blk kg..bkn tak nak blk awal ni nanti sama jg aku kena sahur atas bas..tp bila blk lewat skit dpt jg 2 mlm berbuka ngan family..tak pernah lg aku buat mcm ni cuma tahun ni ja nk cuba buat perubahan skit..tu pun dh terasa jauhnya aku bila tak berpuasa bersama family aku...

Moga harapan kita semua menjadi kenyataan utk mendapat barakah dr bulan Ramadhan kali ni...semoga sentiasa jg dirahmati OlehNya..Amin..

Wednesday 27 July 2011

ONE DAY ONE AYAT (1 hari 1 ayat)

Assalamualaikum...

Kali ni entri yg insaf skit..huhu..tambah2 plak dh nk masuk Ramadhan ni..semoga kita semua dirahmati olehNYA..

Korang fhm ke bila bc tajuk entri aku tu ONE DAY ONE AYAT...bunyi mcm simbolik kan..yg menariknya tajuk tu kat aku adalah mcmana kita ni sebagai manusia atau hamba PEMILIK BUMI ni nk dptkan pahala yg byk hanya dgn ONE DAY ONE AYAT ni..utk pengetahuan korang semua ni adalah tips yg dikeluarkan oleh Dr. Azahari sbg penceramah bebas yg menjadi jemputan utk ceramah sempena Ramadhan..logik jg tips ni dan boleh diterima pakai..ilmu mcm ni bleh dipraktikkan oleh kita semua..

Dr. Azahari ni dia bg cth mmg menarik dlm bentuk persoalan...Bagaimana kita menghabiskan makan keropok???kalau korangkan trfikir tak mcmana nk jawab..ok aku jwb bg pihak ye..dh tentula kita mkn sikit2 kan kena pulak keropok tu besar tapak tgn..manala bleh nak masukkan sekeping keropok tu semua ke dlm mulut ni kan..kalau mulut korang semua mcm dinasour bleh la kot kan..ok tu dh ada jawapan so dr situ dikaitkan pulak dgn bagaimana kita utk tambahkan pahala td..ada 3M yg telah diberikan dan mungkin kita semua tak terfikir kot...

1) Mulai dengan sikit-sikit
2) Mulai dengan diri sendiri
3) Mulai pada hari ini

Menarikkan 3M di atas tu..seterusnya utk kita praktikkan ONE DAY ONE AYAT tu kita bleh cuba menghafal ayat2 Al-Quran dgn bermula 1 ayat setiap hari..bleh ker kita buat..mmg nampak mcm mudah tp dlm perkara mcm ni kita perlu istiqamah utk terus mendapat pahala secara berterusan...pasti timbul persoalankan mcmana la nk buatkan sedangkan sapa2 yg nk menghafal ayat2 suci Al-Quran pasti akan ke Sekolah Pondok, Maahad Tahfiz atau mencari guru mengaji yang betul2 bleh belajar tp dgn tips ONE DAY ONE AYAT ni kita semua tak perlu pun ke tempat-tempat tu tp cuma hanya berada dirumah atau dipejabat dgn menghafal 1 ayat 1 hari...bleh percaya ker..nk tahu hasilnya cubala baru tahu hasilnya dan dalam masa yg sama jg pahala yg kita kumpul tu berbaloi utk bekalan akhirat nanti. Nanti ada jg bekalan bila ditanya apa yg dibawa ke sini (akhirat).

Sini aku bg cthla mcmana nk hafal ayat2 tu...cth Surah Al-Baqarah mula dgn ALIFF LAM MIM..baca ayat tu sebyk 3 kali...pastu kita diberi 24 jam utk ingat dan hadamkan dlm diri ayat tersebut..esoknya pula sambung pula dgn ayat yg ke 2..kemudian ulang semula ayat yg sebelumnya ingat dan hadamkan sehingga seterusnya sampai kita yakin bleh menghafal ayat-ayat tersebut...menarikkan..amalan ni bleh dilakukan dirumah bersama keluarga..so nanti ramai2la bleh menghafal ayat suci ni..kan bagus mcm tu...

Ilmu yg bleh dikongsi bersama..semoga kita dpt melakukannya dgn rahmat dariNYA..

Tuesday 26 July 2011

Merdeka & Aidilfitri - 31 Ogos


Negara kita merdeka setiap tahun 31 Ogos tp jarang-jarang sekali Aidilfitri jatuh sama tarikh dgn merdeka day..thn ni Aidilfitri jatuh 31 Ogos..menarikkan kita bleh sambut 2 skali..sekurang2nya bleh raikan sekali jer..mesti besar-besaran kan sambutan thn ni..apa perasaan kita bila ada kita dilahirkan dlm negara yg dah merdeka..kena bersyukur tu bkn senang nk hidup dlm negara yg merdeka mcm ni..apa erk jasa kita kat negara ni????renung2kan & selamat beramal...hahahaha

Public Phone @ Handphone

Entri aku kali ni melibatkan telefon awam (Public Phone). public phone ni aku rasa dah ramai yg kurang guna sbb masing2 dh ada hphone sendiri kan..Korang semua tau ke public phone skrg bkn mcm dulu lg (ke aku sorg jer yg ketinggalan zaman skit maklumla jarang dpt call guna public ni) sbb mlm td aku trima 1 call yg sebenarnya dr member aku sendiri..hahha..yg kelakarnya awl mlm td aku bleh sms baik jer ngan dia tetiba dia syp jer sbb slalunya msj dr dia tu brtalu2 jgla..rupa2nya tepon dia dh kena BAR..yg menariknya jg dia siap keluar umah g cr tepon awam tu la utk tepon aku..nk jd cerita bila dia call no yg naik kat tepon aku ada sama mcm no celcom 019-38***71(tak bleh tulis abis nanti korang dpt cr plak kan kat mana..haha) confirm no yg naik tu takde nama kan..aku pun risaula nak angkat kan bkn apa jam masa tu pun dh pkul 11 mlm..3 kali aku dpt call tu..untuk yang awal tu aku angkat member aku ckp suh call dia balik (tp aku sengalkan sampai tak cam suara dia sampai aku kata tak kenal..hahaha) kali ke 2 dia call aku tak angkat langsung tp kali ke 3 dia call aku angkat utk pastikan sapa..dgn gelak yg tak bleh berhenti dan dia plak tgh hangin kat aku sbb aku kata tak kenal baru aku tau sapa..aku pun call balik hphone dia tu..abis aku kena marah siap dia warning lg masa tu kalau sekali lg aku tak angkat mmg dia takkan call lg..kira aku bernasib baikla utk angkat call ke 3 tu...kalau tidak confirmla muncung panjangkan member aku tu (org aku syg tu..hahha)

Ni Public phone lama dulu..aku pun slalu guna gak dulu masa zaman2 takdak hphone sendiri

Ni yg terkini skit

Nak jd critenya kat sini public phone dulu2 zaman aku kecik2, zaman belajar semua public phone akan trtera no tepon mcm line tepon rumah tapi 2 no yg hujung tu bila ditambah akan jadi ganjil..cuma skrg jer canggih skit kan..aku rasa line2 public phone mmg dipegang oleh syarikat yang terkenal mcm CELCOM, MAXIS, DIGI dan lain-lain.

Sekadar berkongsi cerita...

Wednesday 20 July 2011

Durian Owh Durian

Assalam..

Kali ni nk crite plak psl durian...my favourite local fruits..org kata durian tu adalah raja buah..mcmana tak jd raja coz ada duri tu mmg tajam..bg yg meminati buah durian mmg bestla dan nikmat klu bleh mkn tp bg yg tak minat (mcm housemate aku) maunya muntah-muntah kat situ..yg bestnya bau pun tak bleh la kan..pernah satu hari tu aku bawa balik sebiji durian dia siap update kat FB lg yg bau durian membuatkan dia pening2..bila aku bc status tu agak panas hati gak la kan tp hormat jgla..jadi aku makanla masa dia takde kat umah or masa dia dh tido..bleh ker mcm tu..nk tak nak kena gak hormat kan..

Durian hasil derma dr kontraktor

Sekarangkan musim buah-buahan tempatan lgla byk durian,manggis,rambutan,langsat,dokong dan lain2..semuanya aku dah makan..mak ayah aku siap bawa lg masa kitaorg nk pergi bercuti aritu..betapa sayangnya diaorg kat aku..tu yang menarik..sebenarnya best ada dusun sendiri ni bleh makan byk2..ayah aku ada dusun kat kedah..tahun ni aku plak tak sempat nk balik menjengah dusun tu memandangkan kekangan masa yang tak menentu..hehe (alasan jer tu)..tp takpe anak punya psl semua buah2 diangkut guna kereta kancil ke bagan serai...menarik kan..



Sapa yg suka durian bleh kongsi komen anda ye...

Tuesday 19 July 2011

Demam Campak @ chiken pox

Entri kali ni pasal demam campak @ chicken pox..minggu lepas anak member aku demam campak tp dpt kesan demam tu lewat..ari sabtu baru dia dpt tau yg tu demam campak nak tak nak semlm emergency leavela..arini plak ank bos aku kena demam campak tp tak keluar habis lg..org tua-tua ckp bg minum air kelapa (ayaq nyok org kedah ckp) cepatla keluar semua campak tu..tu petua org tua la..tp yg kelakarnya ada bos aku yg sorg lg siap bg pendapat dia ckp klu budak kena campak minta doktor cucuk supaya campak tu tak keluar so apa lg ramai2 la ketawa td..padahal lebih baik campak tu keluar masa sekarang dr masa anak2 dh besar nanti..bila besar kan susah nanti..lgpun campak tu klu tak keluar abis melibatkan antibodi tubuh badan kitakan..huhu..(betul la kot kan)...

Kadang2 cakap org tua-tua perlu digunapakai juga untuk kesihatan anak2..hehe..mcm pantang lepas bersalin jg la..mcm2 kena pantang tu untuk kesihatan ibu-ibu juga..hehe..aku mcm pakarla plak kan..

sekadar berkongsi apa yg diketahui saja...

Percutian bersama keluarga - 15/7-17/7-2011 - PART 2


Sambungan PART 1...gambar-gambar menarik semasa bercuti...


ni gambar dalam kereta on the way ke destinasi..5 org + 1 org budak kecik..

Tanah Rata




ni kawasan lapang kat homestay taman sedia


 sempat lg tu posing kat jongkang jongkit kat homestay
 ni la 4 org adik2 ku yg mcm2 kerenah jg la



Kakak aku bersama anak kesayangannya yg byk kerenah jg



shopping ptg kat tanah rata...ayah teruja plak nk beli topi..huhu



singgah plak kat pasar malam brinchang ptg jumaat



Kat kebun Strawberry Al-Mashoor


Ladang Teh Cameron Valley Bharat




Tea House




 Cactus Point


 Terlalu banyak gambar nk masukkan tp ni antaranya la...insyaAllah nanti ada masa akan muatnaik lg...





Monday 18 July 2011

Percutian bersama keluarga - 15/7-17/7-2011 - PART 1

Jumaat lepas aku & family ke CAMERON HIGHLAND dalam jam 2ptg kitaorg sampai kat situ..apa2pun cari homestay dulu..1st time dlm hidup gi tempat tu..agak teruja jgla..tak pernah berhimpun sekeluarga mcm tu..sgt menarik (nampak sgt jarang berjalan2kan..huhu) Kami pergi selama 3 hari 2 mlm..puas hati dgn penginapan & kawasan homestay pun sgt menarik. Kami menginap di Homestay Taman Sedia (Makcik Siti). Mulanya aku panggil dia kak jer tetiba bila sampai jer kat homestay tu dia sendiri yg ckp panggil makcik jer la..malu aku seketika sbb dia lbh veteran lg dr mak aku :). Kawasan rumah tu sgt menarik siap ada tempat budak2 main lg..kawasan yg dikelilingi tanaman sayuran n bunga2 almaklumla baru pernah sampai kan semuanya menarik kan..mak ayah pun teruja jer bila sampai..tp kesian ayah aku sbb tak berapa nk sihat tp terpaksa melayan kerenah anak2 ni jg kan so kasi layan jer la..

Byk tempat kami melawat antaranya kawasan ladang strawberry..aku siap g petik sendiri jer strawberry tu..gambar nanti akan dimuatnaik..jumaat ptg dh g ronda2 kat pasar mlm brinchang tempat yg slalu jd tumpuan semua org yg dtg..terlalu byk yg menjual sampai tak tau nk pilih yg mana utk beli..last2 beli strawberry & sayur2an jer la..yang paling hebat berbelanja adalah kak aku bersama suaminya..hebat giler sampai dh tak tau nk pegang guna tangan mana dah..kalau kira balik aku xtau brp la duit dia yg abis tp malas aku nk tau sbb tak melibatkan duit aku kan..hahaha (gelak jahat tu).

Dingin malam tertusuk sampai hulu hati (tau ke kat mana tu) bermaksud mmg amatlah sejuk kan..aku xpasti mcmanala diaorg yg mmg tinggal kat situ menghadapi kesejukan setiap hari dan setiap malam..aku yang baru 2 mlm kat situ pun mcm tak tahan..tabikla org yg menetap kat situ..hehe..yang paling lawak sekali mak aku la sejuk sampai xmau bergerak langsung..mentang-mentangla bercuti kan sampai apapun dia tak mau pegang..kat homestay kami tinggal tu bleh masak tp mak aku tak nak sentuh langsung bab masak memasak ni..apa lg akula yg settlekan semua tu..masak guna resepi sendiri yg pasti licin sampai menjilat jari..kami masak waktu malam ja sbb dh malas nk keluar memandangkan semua dh kesejukan..malam last kami kat situ siap buat barbique lg..beli bahan-bahan semua kat PASARAYA JIMAT..nama ja jimat tp aku rasa bleh tahan gak harganya sbb sekali aku beli bahan-bahan dah sampai RM63 something..hahaha..berkira betulka???..malam tu berbarbique sakanla dan semua makan dengan penuh kepuasan dan kenikmatan hasil air tangan aku (perasan la plak)..

Esoknya (17/7/2011) kami gerak balik dalam pkul 11pg dan sempat lagi beli jem homemade strawberry yang dibuat sendiri oleh tuan homestay tu..sedap bleh tahan...on the way balik singgah lg utk membeli sayur-sayuran padahal sebelum tu dh beli pun sampai tak tau dh kat mana nk susun dalam kereta..penuh tak terkata...mmg giler beli betul la..yg bestnya mak aku kalau bleh nk beli semua dan bahagi kat semua jiran2 kat umah tu..haha..tp aku tgk mmg mak ayah aku mmg gembirala dgn percutian ni..Kami semua balik dalam keadaan gembira tp kesian kat ayah aku dia kembali tidak sihat sampai tak lalu nk makan langsung..kesian tp dia gembira..harap lepas ni bleh jadi aktiviti utama keluarga aku untuk bercuti walaupun tak lama..

Rasanya dh panjang entri aku utk pertama kali ni..nanti sambung lg utk PART 2 bersama gambar-gambar yang menarik..

1st time berblog

Assalamualaikum..

1st time berblog..myb dlm ni aku akan ceritakn kehidupan harian aku,keluarga dan rakan2 jg..sblm ni pun mmg rajin jer pun bc blog org lain tp nk mula utk blog sendiri tu mcm tak pasti nk mula mcmana last2 ni tawakkal jer la..aku bknnya pandai sgt nk menulis ni maklumla ayat tah mcm hampes kot..kepada yg sudi2 membaca n follow tu tima kasih bebyk..

Antara blog yang aku selalu bc mcm memyselfandnotirene, honeykoyuki, hasrulhassan, greenappleku dan byk lg..nk senarai pun nanti panjang kot..hehehe..aku suka bc blog sbb mcm2 crite yg kadang kita tak sangka benda2 tu trjadi tp berlaku kat org lain..kan menarik tu..

Hope u all hepy baca blog aku selepas ni walaupun baru jer merangkak nk menulis blog..