Jumaat lepas aku & family ke CAMERON HIGHLAND dalam jam 2ptg kitaorg sampai kat situ..apa2pun cari homestay dulu..1st time dlm hidup gi tempat tu..agak teruja jgla..tak pernah berhimpun sekeluarga mcm tu..sgt menarik (nampak sgt jarang berjalan2kan..huhu) Kami pergi selama 3 hari 2 mlm..puas hati dgn penginapan & kawasan homestay pun sgt menarik. Kami menginap di Homestay Taman Sedia (Makcik Siti). Mulanya aku panggil dia kak jer tetiba bila sampai jer kat homestay tu dia sendiri yg ckp panggil makcik jer la..malu aku seketika sbb dia lbh veteran lg dr mak aku :). Kawasan rumah tu sgt menarik siap ada tempat budak2 main lg..kawasan yg dikelilingi tanaman sayuran n bunga2 almaklumla baru pernah sampai kan semuanya menarik kan..mak ayah pun teruja jer bila sampai..tp kesian ayah aku sbb tak berapa nk sihat tp terpaksa melayan kerenah anak2 ni jg kan so kasi layan jer la..
Byk tempat kami melawat antaranya kawasan ladang strawberry..aku siap g petik sendiri jer strawberry tu..gambar nanti akan dimuatnaik..jumaat ptg dh g ronda2 kat pasar mlm brinchang tempat yg slalu jd tumpuan semua org yg dtg..terlalu byk yg menjual sampai tak tau nk pilih yg mana utk beli..last2 beli strawberry & sayur2an jer la..yang paling hebat berbelanja adalah kak aku bersama suaminya..hebat giler sampai dh tak tau nk pegang guna tangan mana dah..kalau kira balik aku xtau brp la duit dia yg abis tp malas aku nk tau sbb tak melibatkan duit aku kan..hahaha (gelak jahat tu).
Dingin malam tertusuk sampai hulu hati (tau ke kat mana tu) bermaksud mmg amatlah sejuk kan..aku xpasti mcmanala diaorg yg mmg tinggal kat situ menghadapi kesejukan setiap hari dan setiap malam..aku yang baru 2 mlm kat situ pun mcm tak tahan..tabikla org yg menetap kat situ..hehe..yang paling lawak sekali mak aku la sejuk sampai xmau bergerak langsung..mentang-mentangla bercuti kan sampai apapun dia tak mau pegang..kat homestay kami tinggal tu bleh masak tp mak aku tak nak sentuh langsung bab masak memasak ni..apa lg akula yg settlekan semua tu..masak guna resepi sendiri yg pasti licin sampai menjilat jari..kami masak waktu malam ja sbb dh malas nk keluar memandangkan semua dh kesejukan..malam last kami kat situ siap buat barbique lg..beli bahan-bahan semua kat PASARAYA JIMAT..nama ja jimat tp aku rasa bleh tahan gak harganya sbb sekali aku beli bahan-bahan dah sampai RM63 something..hahaha..berkira betulka???..malam tu berbarbique sakanla dan semua makan dengan penuh kepuasan dan kenikmatan hasil air tangan aku (perasan la plak)..
Esoknya (17/7/2011) kami gerak balik dalam pkul 11pg dan sempat lagi beli jem homemade strawberry yang dibuat sendiri oleh tuan homestay tu..sedap bleh tahan...on the way balik singgah lg utk membeli sayur-sayuran padahal sebelum tu dh beli pun sampai tak tau dh kat mana nk susun dalam kereta..penuh tak terkata...mmg giler beli betul la..yg bestnya mak aku kalau bleh nk beli semua dan bahagi kat semua jiran2 kat umah tu..haha..tp aku tgk mmg mak ayah aku mmg gembirala dgn percutian ni..Kami semua balik dalam keadaan gembira tp kesian kat ayah aku dia kembali tidak sihat sampai tak lalu nk makan langsung..kesian tp dia gembira..harap lepas ni bleh jadi aktiviti utama keluarga aku untuk bercuti walaupun tak lama..
Rasanya dh panjang entri aku utk pertama kali ni..nanti sambung lg utk PART 2 bersama gambar-gambar yang menarik..
No comments:
Post a Comment